Anggota Kumpulan Flybaits

Pada asalnya, kumpulan Flybaits terdiri daripada enam orang anggota yang mahir bermain pelbagai jenis alat muzik iaitu :

  1. Alfredo Villenguez Valentino (Fredo) - Penyanyi, Bass, Gitar
  2. Ahmad Osman (Atan) - Penyanyi, Trumpet, French Horn, Flute, Keyboard, Percussion
  3. Horace Wilfred Hutapea (Horace) - Trombone, Keyboard, Bass
  4. Ismail Marzuki (Eddie) - Dram, Gitar, Flute, Clarinet, Saksofon, Keyboard
  5. Gerard Ricardo Lachica (Gerry Lachica) - Piano, Keyboard, Saksofon, French Horn
  6. Rex Goh (Rex) - Gitar Utama

Namun pemain gitar utamanya, Rex Goh telah berhijrah ke Australia pada tahun 1972. Tempat Rex kemudiannya digantikan oleh Jeffrey Tan Yew Chai atau Jeff sebagai pemain dram Flybaits, sekaligus menjadikan Eddie sebagai pemain gitar utama Flybaits. Pada hujung tahun 70-an, Flybaits telah ditawarkan kontrak oleh syarikat yang berpangkalan di Singapura, Polygram untuk merakamkan album. Album pertama Flybaits iaitu Mempersembahkan telah dikeluarkan pada tahun 1980 dan mereka telah menghasilkan 3 lagi album sebelum berpecah pada tahun 1984.

Flybaits 1980-1984 :

  1. Fredo - Penyanyi, Bass, Gitar
  2. Atan - Penyanyi, Trumpet, French Horn, Flute, Keyboard, Percussion
  3. Horace - Trombone, Keyboard, Bass
  4. Eddie - Gitar Utama, Flute, Clarinet, Saksofon, Keyboard
  5. Gerry Lachica - Piano, Keyboard, Saksofon, French Horn
  6. Jeff - Dram, Flute

Dua anggota Flybaits, Fredo dan Gerry Lachica telah memeluk Islam, masing-masing menggunakan nama Mohd Amani Abdullah dan Gerry Irfan Abdullah. Gerry telah meninggal dunia pada tahun 2016 akibat kanser.